Marki aka Zulfadli, seorang pekerja kerajaan dalam sektor kesihatan. Pemegang Diploma Kesihatan Persekitaran dari UiTM dan sedang menyambung pelajaran di peringkat Ijazah dalam bidang yang sama dan diuniversiti yang sama. Telah bermain dengan kamera secara suka – suka sejak tahun 2008. Bermula dengan kamera Sony a200, Marki mula belajar memetik kamera dengan beberapa orang rakannya seperjuangannya. Setelah beberapa bulan berdampingan dengan Sony a200, dia mula merasakan minat terhadap kamera semakin mendalam dan telah mengubah minat dari suka – suka kepada lebih serius.
Amat gemarkan gambar – gambar berbentuk scenery dan candid kerana baginya, merakamkan keindahan tuhan dan gelagat masyarakat disekelilingnya dalam bentuk foto merupakan satu kepuasan dalam dirinya. Sedia menerima kritikan dari mata yang melihat supaya dia dapat memperbaiki dan mempertingkatkan mutu fotografinya.
Peringatan:
Mana – mana gambar yang ditangkap dan mempunyai signature “marki” samada di Blog ini, akaun Flickr, Facebook atau mana – mana tempat didalam laman sesawang tidak boleh digunakan bagi tujuan komersial. Bagi yang ingin mengambil gambar bagi tujuan peribadi dibolehkan selagi pemunya gambar membenarkan gambarnya digunakan bagi tujuan peribadi.